Warning: file_get_contents() [function.file-get-contents]: URL file-access is disabled in the server configuration in /home/chibiart/public_html/wp-content/themes/gallery/functions.php on line 131
Warning: file_get_contents(http://tinyurl.com/api-create.php?url=http%3A%2F%2Fwww.chibiart.net%2F2010%2Fpengenalan-kepada-pembaharuan%2F) [function.file-get-contents]: failed to open stream: no suitable wrapper could be found in /home/chibiart/public_html/wp-content/themes/gallery/functions.php on line 131
Pengenalan kepada Pembaharuan
Salam Sejahtera..
Pembukaan blog baru ini telah berjaya dilakukan. Apa guna buka blog baru ini sedangkan saya sudah pun mempunyai blog? Persoalan ini ditimbulkan berikutkan keraguan dan pertanyaan dari pelbagai pihak memandangkan saya sendiri yang kadang-kadang tidak tahu apa yang nak diperkatakan, dibincangn dan dikongsikan di dalam blog. Bak kata saudara Fauzi Mohd Darus, kalau nak jadi penulis blog, kena tetapkan pendirian dan mesti sentiasa kreatif dan kritis dalam mencari pengisian-pengisian yang berguna.
Memang apa yang diperkatakan tu betul, tapi kadang-kadang kita tidak mengetahui apakah topik atau isu yang boleh mendapat sambutan hangat jika dibincangkan di dalam blog. Saya juga mengalami masalah sama. Memang banyak yang hendak dikongsikan bersama, tetapi jika difikir-fikirkan, kadangkala apa yang hendak dikongsikan sudahpun dipelopori oleh orang lain yang lagi berpengalaman dalam bidang tersebut. Inilah apa yang telah terjadi dengan saya seawal pembukaan blog saya yang lama.
Saya mengambil initiatif ini juga adalah disebabkan dorongan yang saya dapati daripada senior saya, saudaraFirdaus Harun. Beliau merupakan seorang pelajar Sarjana Sains Komputer. Di dalam blog beliau, beliau fokus dalam membincangkan aspek-aspek berkenaan bidang Sains Komputer. Jadi, bagi saya, kalau beliau boleh kekal dalam menyampaikan maklumat dalam bidang yang jarang-jarang dibuat, saya juga boleh. Oleh itu, dengan adanya blog ini, saya akan cuba berkongsi maklumat-maklumat dalam bidang-bidang yang jarang dibincangkan, seperti pengaturacaan perisian dan komputer.
Jadi,untuk mengelakkan perkara ini berulang dan terjadi sekali lagi yang akan merugikan saya, saya telah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk membuka blog baru ini. Jadi,setelah membuat beberapa analisis dan perancangan, di dalam blog ini, saya bercadang untuk membuat beberapa perkara seperti berikut:
Untuk menjayakan blog yang baru ini, saya berharap agar saya akan dapat memenuhi setiap perkara yang telah dinyatakan. Mungkin akan ada penulisan-penulisan yang tidak berkait dengan perkara di atas, akan tetapi, saya akan cuba untuk memberikan perkongsian dan maklumat yang terbaik.